Pages

Followers

24 Mei 2013

Berbaloi Ditonton : Filem Rectoverso


Terpukul hati ini saat pertama kali mendengar lagu Malaikat Juga Tahu nyanyian Glenn Fredly.  Terus Google, terus cari video nya.  OK, lagu ni adalah soundtrack dari filem Rectoverso.  Nak tahu jalan cerita sila baca KAT SINI.  Sebuah filem yang bagus, garapan yang baik, pelakon yang mantap dan disutradarai oleh pelakon-pelakon yang ngetop di Indonesia.


Rectoverso adalah sebuah film omnibus atau antologi Indonesia bernuansa cinta yang dirilis pada 14 Februari 2013.[1] Film ini merupakan adaptasi dari album musik karya Dewi "Dee" Lestari berjudul Rectoverso yang dirilis pada tahun 2008. - Sumber: Wikipedia

Rectoverso menyajikan 5 cerita, Malaikat Juga Tahu, Firasat, Curhat buat Sahabat, Isyarat dan Cicak di Dinding.
Jadi seronoklah, sekali tengok movie ada 5 cerita di dalamnya.
Tak payah banyak cakaplah, ....
Lepas ni baru korang paham kenapa aku agak kureng dengan filem-filem Malaysia yang kalau tak gangster, mesti hantu dicelop-celop.

xoxo,
Mizz Coki

21 Mei 2013

Cara Menenangkan Minda yang Kacau di Pejabat

Lately....
Blog ni semakin diabaikan.  Begitu jugak dengan Facebook.  90% kali FB dibukak kat hp.  Manakan sempat nak bukak pc bagai, dengan order dan karenah pelanggan.  Kerja ofis lagi.  Korang dengar citer mesti stress sebab aku tak pernah citer benda yang sweet-sweet melainkan stress adanya.

Kat ofis tengok berita TV3 online ... bolehlah... walaupun aku agak kureng dengan TV3 ni tapi itulah, satu-satunya penghibur di kala sunyi.  Boss aku ke New Zealand, makan angin sampai 9 Jun.  Hebat kan? Aku pun blum isi borang cuti Hari Gawai lagi.

Bila aku bosan dengan TV3, aku suka dengar bunyi-bunyian yang soothing,... so ofis aku akan jadi ala-ala spa gitu, dahla sejuk, nyaman, wangi (orang puji, bukan aku sesaja riak OK?) Hahahaha.... Perasan!

OK, nak ciao jap.  Ada minit mesyuarat kena siapkan.  So korang dengarlah video kat bawah, jangan tengok.. tapi dengar je... letak air kopi kat tepi, baring-baring sikit.. pergggghhh.. layaaaan...


p/s:  Sabar sikit part memula tu, sapa yang tak sabar mesti ingat ni bunyi orang kencing buang air kecil takpun orang lupa tutup pili paip. Haha.


xoxo, 
Mizz Coki