Pages

Followers

21 Februari 2013

Facebook Mutual Friends yang Kantoi

Eeeeii nak geram boleh?

Hahahah. Gelak dulu.  Namapun rezeki masing2 kan?  
Saja nak update takde topik lain moh ler kita borak pasal online biz.
Spt mana yang uols tau, I buat bisnes online utk mencari pendapatan sampingan.  Biasalah, daripada melangut ngumpat kat Facebook baik kita carik kawan baru dan duit betul tak?

Few days ago, I ada bagi warning ringan2 kat FB pasal some of plus size suppliers yang suka menyemak tagging orang sesuka hati.  They all know that I am selling plus size collections pastu mostly kawan2 pun yang plussizers.

I perasan semenjak dua menjak, based on customers record ada yang tak repeat order lagi so I tak kisah, mungkin derang tengah kesuntukan kos sara hidup ke apa.  Wallet orang, mana lah kita tau kan?  Jadi pada satu hari, I merajinkan diri untuk bertandang sambil melihat koleksi terbaru supplier2 I.  And try to guess, what happened next?


Mutual Friends, means my friends and their friends, mutual yang bukan sedikit sampai sesetengah tu sampai 17 orang!!! Padanlerrrr derang beli ala2 menggunakan kad Touch and Go saja.

Takpelah.. namapun rezeki, hari ini hilang dua tiga orang, besok besok beduyun2 masuk, haiiisss! Angan-angan... hahahaa.  

Status terkini, sedang berbargain dengan kilang di China, nak keluarkan baju plus size jenama sendiri.  Amik package minimum, tapi offer hampeh.  200 pcs utk satu dress, satu pattern, satu size dan satu warna.  Hahh????  Mampus I kalau let say buat 6 pattern, mau puluh-puluh ribu kena keluar ni.  Dahla pelanggan Malaysia rata-rata beli sehelai pun nak diskaun.  Tu ok, ada yang beli dua helai je tapi nak diskaun sampai RM20, ingatkan bayar terus, tapi errr pepaham ye, hujung bulan.  Bila mintak nak beli nak try baju macam nak terberak on the spot tapi bila part membayar kena delay 3 minggu.  Abis macam mana I nak pusing modal?  Korang yang tak reti bisnes takkan paham.  Bergaya nak lebih tapi wallet semput.  Oleh yang demikian, maka ramai pelanggan berlagak macam ni I kena pantau, kalau ada iklan baju baru, I akan 'kecualikan' tagging dia di Facebook takpun control her view.  Puas hati.

Nampaknya kena put on hold dulu keinginan hati kecil ini.  Atau ada sesapa tau any clothing/garment factory di Malaysia ni yang ada buat OEM untuk plus size?  Kalau ada sila sms saya di 0168763800, jasa baik anda saya hargai.

Well, macam sesi lepas geram nampak? Fuish.  Memang geram pon.



Jangan lekas marah
Nanti cepat tua muka kedut kedut!
xoxo, Mizz Coki
Catat Ulasan