Lepas ber-Kung Fu kat dapur mengolah Nasi Goreng dengan penuh bersemangat terus pergi hantar hubby ke bus stand tak jauh dari rumah.
Geng-geng sudah menunggu untuk ke Bintulu.
Lepas bid farewell terus pecut balik rumah. Katil tengah menunggu. 5:10 a.m.
Sampai kat rumah terus simpan kunci tiba-tiba perasan yang purse takde.
Tadi passed kat hubby suruh dia pegang sebab aku nak drive kan.
Lari-lari semula ke kereta dan geledah macam anjing Rottweiler.
Tak ada.
AYOYOMAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!
PIL terus ajak aku pergi tempat di mana aku dropped kan hubby aku tadi pagi.
Aku yang jarang-jarang driving boleh pulak buat aksi pecut.
Yelah. Aku dah bayangkan malapetaka yang berlaku kalau purse aku hilang.
Duit boleh dicari dan diganti.
Tapi kad kredit, kad bank, IC, kunci office, stick-stick nose (Vicks nostril stick) dan my late Dad's last photo - semua dalam tu.
Memang betul.
Tu dia, kesian purse ular sawa akak.
Terdampar di atas jalan raya yang basah sebab pagi ni hujan.
Terus kegirangan mendapat kembali purse itu.
Rasa nak nangis dan sebak pun ada.
Yalah. Kalau semua tu hilang kan kena ambik cuti.
Dahlah cuti tahunan tinggal 10 hari lagi dan hari ini bercuti lagi.
Aku sayangkan cuti aku yang tinggal secoet tu.
8 hari aku spare kan untuk Disember for kiterang 3 beranak pergi KL and for cuti hujung tahun lepas Krismas tu.
November nanti cuti lagi, temankan adik bongsu aku register UiTM.
Sampai kat rumah, aku terus angkat telefon dan goreng hubby habis-habisan.
Uiks. Garangnya. Memang time tu aku masih rasa terkilan dan kesal.
Memang marah doh.
Ye. Sah aku memang panas baran.
Orang jarang tengok aku mengamuk macam singa sebab kat ofis aku ni jenis periang dan tak pernah tunjuk muka masam atau susah hati.
Tapi sekali aku melenting, ambik kau.
Serius. Dah dekat sejam dah peristiwa tu berlaku dan sambil aku buat entri ni aku masih lagi menggeletar marah.
Aku rasa nak carik sesuatu untuk ditumbuk.
Tarik napas.
Hembus napas.
Aku memang dah syak purse aku jatuh sebab kat dalam kereta aku selalu sibuk mengodek Foursquare dan hp pouch aku letak kat riba.
Bila turun kereta je pouch tu terjelepok jatuh.
So aku apply kan teori itu pada kejadian tadi.
Kannn? Boleh jadi CSI tak perlu susah-susah apply.
Anyway, hari ini aku cuti sebab aku tau bila bangun sebelum subuh memang akan ngantuk kat ofis
Jadi lebih baik dok rumah dan jahit felt.
Ada order baru, weehoooo!
Dah. Sudah-sudahlah tu.
Laki ko pergi ke Bintulu driving 10 jam tu Cik Senah oi.
Takpe. Balik lusa aku nak pau dia.
McD Quarter Pounder satu!
CHILL LAH BAI!
... Kemaafan adalah dendam terindah bak lagu Aishah. OK-lah tak nak marah lagi. Kang kedut kang muka suci ku ini sapa nak tanggung? Aku takde bajet nak cucuk Kolagen bagai.